JAKARTA: Lebih 180 orang pelarian Rohingya mendarat di Aceh, Indonesia pada Isnin (27 Mac), dalam perkembangan terbaru selepas ratusan yang lain melarikan diri dengan bot susulan keadaan terdesak di Myanmar dan kem di Bangladesh.
Jurucakap polis di Aceh, Kamil, mengesahkan kepada Reuters bahawa 184 orang Rohingya telah mendarat di timur Aceh dan semuanya dalam keadaan sihat.
Bagaimanapun, tidak diperinci tentang jumlah bot yang dinaiki kumpulan pelarian tersebut.
Seorang anggota senior komuniti nelayan di Aceh, Miftah Cut Ade, memberitahu, sejumlah 90 wanita dan kanak-kanak termasuk dalam kumpulan pelarian yang tiba pada jam 3.30 pagi Isnin itu.
Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, 2022 merupakan antara tahun yang paling menyedihkan bagi nasib pelarian Rohingya yang mempertaruh nyawa merentas laut.
Selama bertahun-tahun, pelarian Rohingya mengambil risiko menyeberang laut untuk melarikan diri ke negara-negara seperti Thailand, Bangladesh, Malaysia dan Indonesia.
Perjalanan dengan bot kayu itu lazimnya dilakukan antara bulan November dan April ketika keadaan laut lebih tenang.
Sejumlah pelarian yang tidak dapat dikesan jumlahnya, didapati meninggal dunia sewaktu di laut akibat penyakit, kebuluran dan keletihan melampau.
Sejak November tahun lalu, Indonesia telah mendaftarkan sejumlah 918 warga Rohingya yang tida di Aceh, setelah meredah Teluk Bengal dan Laut Andaman.
Hampir satu juta pelarian Rohingya tinggal dalam kem yang sesak di Bangladesh, dengan sebahagian daripada mereka cuba menyelamatkan diri daripada tindakan pembantaian oleh tentera Myanmar pada 2017.
Agensi
Mon Mar 27 2023
Sebahagian daripada pelarian Rohingya yang mendarat di Kuala Matang Peulawi, Aceh pada Isnin. - Reuters
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Perutusan Aidilfitri: Setiausaha Agung OIC gesa tamatkan pencerobohan maut Israel di Gaza
Taha menekankan penderitaan umat Islam di zon konflik di seluruh dunia, khususnya rakyat Palestin di Gaza yang berdepan pencerobohan kejam oleh tentera Israel.
Kumpulan pelajar Indonesia serbu pusat penempatan Rohingya
Kumpulan pelajar tersebut dilihat berlari ke ruang bawah bangunan yang menempatkan kumpulan pelarian itu.
Pelarian Rohingya buang nasi dibekalkan penduduk Aceh
Kawasan pantai yang sebelum ini bersih dipenuhi sampah sarap dan plastik makanan yang dibuang merata-rata oleh pelarian Rohingya.
Pengotor antara punca Aceh enggan terima etnik Rohingya
Kehadiran pelarian Rohingya didakwa mengganggu kehidupan seharian penduduk, selain muak dengan sikap mereka yang gagal berasimilasi.
[KOLUMNIS] Ambil kisah juga perjuangan pelarian selain Palestin, Mr PM10
Ada nada ria kalangan lebih 200,000 pelarian di Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri.
Pegawai PBB lawat Bangladesh, nilai situasi hak asasi, keadaan pelarian Rohingya
Kunjungan itu ialah lawatan rasmi pertama oleh ketua hak asasi manusia PBB ke Bangladesh, sebuah negara yang mempunyai populasi penduduk melebihi 165 juta.
Pelarian Rohingya: Pendekatan Malaysia berasaskan kemanusiaan
Selepas satu tempoh tamat, pelarian terbabit boleh dihantar bekerja di negara-negara maju yang memerlukan tenaga mahir.
Bot bawa 31 PATI Rohingya ditahan di perairan Langkawi
Bot itu memuatkan 18 pelarian dewasa lelaki, sembilan dewasa wanita dan empat kanak-kanak.
143 pendatang tanpa izin termasuk pelarian Rohingya ditahan di perairan Kuala Kurau
Seramai 143 pendatang tanpa izin termasuk 134 etnik pelarian Rohingya ditahan di perairan laut Kuala Kurau hari ini.
Kerajaan rancang keluarkan sendiri kad perakuan pelarian
Malaysia yang sepatutnya menentukan sama ada pelarian itu boleh tinggal di negara ini.